Tuesday, September 29, 2009

Lawatan 1 Malaysia ke Kuching bahagian 2







Semua guru dan pelajar saling mengeratkan hubungan sesama sendiri. Masing-masing mempunyai cerita yang ingin dikongsikan bersama, tak kisah apa pun topiknya. Pelajar-pelajar pula seronoknya memang tidak dapat digambarkan, sehinggalah kami guru pengiring tertawa dan terhibur melihat telatah mereka yang melucukan. Hilang penat bila melihat pelbagai telatah mereka. Lawatan ini memang berbaloi untuk semua pelajar kerana mendapat satu pengalaman yang berharga yang bakal dikongsikan bersama rakan-rakan di sekolah nanti. Hari kedua di Kuching merupakan hari lawatan yang tanpa henti. Lawatan bermula di Kampung Budaya, dan pada sebelah petangnya pulak di Muzium Kuching. Selepas itu menyusul lawatan ke The Spring yang memberikan peluang pelajar membeli belah. Pada sebelah malamnya pula, kami ke parkson,waterfront dan The famous Cat in Kuching.

No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
Sekolah Kebangsaan Sungai Paku D/A : Pejabat Pelajaran Daerah, Tingkat 1 & 2, Wisma Persekutuan, 96800 Kapit, Sarawak