Sekolah Kebangsaan Sungai Paku dibuka pada 1 Januari 1980. Lokasi sekolah ini adalah terletak di bawah pentadbiran Pejabat Pelajaran Gabungan Kapit. Sekolah ini dapat dihubungi melalui jalan kayu balak dari Kem Sutap di tepi Sungai Balleh, Kapit. Perjalanan dari Kem Sutap tersebut memakan masa 2 jam 45 minit. Jalan alternative adalah menggunakan sungai dari Bandar Kapit terus ke sekolah. Anggaran masa perjalanan ialah antara 6 jam hingga 7 jam.
Blok Asrama dan Dewan Makan adalah bangunan kekal yang diperbuat daripada kayu sepenuhnya. Blok ini dibina pada tahun 1979. Walau bagaimana pun , SK Sungai Paku juga turut mengalami arus pembangunan selaras dengan pembangunan Negara yang mampan. Blok kelas dan Dewan Makan telah dibina semula menggantikan bangunan yang lama dan usang. Di samping itu, bangunan pra sekolah telah siap pada penghujung tahun 2006 dan mula digunakan pa sesi persekolahan 2007. Sumber Elektrik adalah daripada janakuasa, manakala sumber air daripada air gravity dan air hujan.
Murid-murid yang menghuni asrama ini adalah berbngsa Iban dari 5 buah rumah panjang iaitu Rumah Panjang Tujang, Rumah Panjang Inguh, Rumah Panjang Jamba, Rumah Panjang Jembu, dan Rumah Panjang Tang. Semua rumah panjang ini dapat dihubungi dengan menggunakan jalan balak. Pengangkutan murid ke sekolah ialah menggunakan kereta pacuan empat roda atau berjalan kaki.
will be there, SK Sg Paku :)
ReplyDelete