Thursday, June 25, 2009

TaHniAh dan SyABas


Tahniah dan Syabas kepada Cikgu Sulang ak Usat atas kenaikan pangkat daripada PKHEM ke PK Pentadbiran (PK1) secara hakiki berkuatkuasa Jun 2009... kami warga SKSP mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih di atas kerjasama dan perhatian semasa menjadi PKHEM...

Guru yang menggantikan tempat PKHEM adalah Cikgu Felix ak Sakai. Beliau telah dilantik menjadi PKHEM berkuatkuasa Jun 2009... Kami warga SKSP mengucapkan syabas dan tahniah atas perlantikan ini. Semoga terus berjaya dan berterusan berjaya hingga ke akhirnya... Cayo - cayo


adly

Sunday, June 21, 2009

:: SELAMAT HARI BAPA ::


Selamat Hari Bapa kepada semua guru yang sudah bergelar bapa. Semoga pada hari bapa ini, segala perancangan akan menjadi kenyataan. Bagi guru-guru lelaki yang belum bergelar bapa, bila lagi? Semoga bapa-bapa di Malaysia akan lebih ceria dan bahagia.

Friday, June 19, 2009

Sukan Antara Rumah 2009

Rumah Orchid
Rumah Rafflesia

Lompat Jauh PA


Lontar Peluru PC


Rumah Hibiscus bersama Cikgu Ismail dan Cikgu Zasliha

Rumah Sunflower bersama Cikgu Felix, Cikgu Madyline, Cikgu Irwan dan Pn Azzalea

Penyampaian hadiah disempurnakan oleh Guru Besar

Perasmian oleh Tuai Rumah Jamba

Ikrar kejohanan

SK Sungai Paku telah mengadakan Sukan Antara Rumah 2009 dengan jayanya pada 22 Mei 2009. Ini merupakan satu acara yang dinanti-nantikan oleh semua warga SK Sungai Paku pada setiap tahun kerana pada waktu seperti inilah semua guru dan murid dapat bersukan dan bergembira. Walau pun, terdapat banyak kekurang dari segi kemudahan dan peralatan, namun itu tidak mematahkan semangat kami untuk menjadikan sukan antara rumah berlansung dengan meriah. Warga SK Sungai Paku Kapit dengan sedaya upaya menjadikan penganjuran Sukan Antara Rumah ini setaraf dengan penganjuran sukan sekolah-sekolah di bandar. Sekali lagi Rumah Sunflower mengekalkan kejuaraan keseluruhan dan Johan Lintas Hormat. Rumah Hibiscus merupkan naib johan, diikuti Rumah Orchid dan Rumah Rafflesia.Setinggi -tinggi tahniah diucapkan kepada semua guru dan aks yang telah menjayakan Sukan Antara Rumah 2009. Mucha Gracias..Domo Arigato Gozaimasu....

Kenangan Staff SK Sungai Paku 2008

Duduk Dari Kiri : Norela (GSTT) Sulaiman Zaba, Lamsi Blassan (Guru Besar) ,Jimbun Kemaraw (PKHEM), Sulang Usat (PK1), Azzalea Rameh, Ismail Suhai
Berdiri Dari Kiri: Missy Uwin, Madyline Saing, Rosita Beli, Lalang Unggat, Robert Danney Jilan, Bugat Libau, Felix Sakai, Larry Dumbang (GSTT), Ellis Anchi, Umban Limbing, Lily Ajut
(Tiada dalam gambar : Rafidah Sahran, Nelly Isau)

Saturday, June 13, 2009

Kenangan Staff SK Sungai Paku 2007

Staff SK Sungai Paku 2007
Duduk Dari Kiri : Rafidah bt Sahran,Rosita Ak Beli, Jimbun Ak Kamaraw (PKHEM), Lamsi Ak Blassan (Guru Besar), Boss Ak Nelah (PK1), Sulang Ak Usat (PKKK), Felix Ak Sakai
Berdiri dari Kiri : Lalang Ak Unggat, Suziequatro, Madyline, Azzalea Rameh, Freda Robert, Sulaiman Zaba, Freddie Nego, Ismail Suhai



Sukaneka Hari Guru
















Friday, June 12, 2009

Selamat Tinggal Cikgu Nelly

Cikgu Nelly Ak Isau mula bertugas di SK Sungai Paku Kapit pada 1 Ogos 2008. Beliau mengajar di sekolah barunya pada 1 Jun di SK Lepong Balleh Kapit. Pihak sekolah mengucapkan terima kasih di atas jasa baik cikgu. All the best!

Nadi Penggerak SK Sungai Paku Kapit 2009


Guru Besar : En Lamsi Ak Blassan
PK1 : -
PKHEM : En Sulang Ak Usat
PKKK : En Azman Bin Drahman
Guru Akademik Biasa
Pn Rosita Ak Beli
En Felix Ak Sakai
En Ismail Bin Suhai
Cik Madyline Ak Saing
Puan Lily Ak Ajut
Puan Zasliha Bt Abd Hamid
Cik Hapijah Bt Yusof
En Irwan Bin Ibrahim
En Nazarudin Bin Ramli
En Mohd Shabri Bin Abd Manaf
En Nelly Ak Isau ( berpindah ke SK Lepong Balleh pada 1 Jun 2009)
AKS
Pn Azzalea Rameh ( PTR)
Pn Missy Ak Uwin (Penyelia Asrama)
Cik Rafidah Haji Sahran (PPM)
Cik Umban Ak Limbing(PPM)
Pn Ellis Ak Anchi (PPM)
En Robert Danney (PPM)
En Bugat Ak Libau (PAR)
Pn Lalang Ak Unggat (PAR)

Sunday, June 7, 2009

Guru Oh Guru
















Selamat Hari Guru 2009 Warga Pendidik SK Sungai Paku

Sambutan Hari Guru 2009 telah diadakan pada 7 Mei 2009. Pelbagai acara telah diadakan seperti Perhimpunan hari guru,Sukaneka, Jamuan Makan Tengahari dan BBQ.Terima kasih diucapkan kepada semua guru dan aks yang telah menjayakan acara ini.

KENALI SK SUNGAI PAKU KAPIT






















Selamat Datang Ke SK Sungai Paku

Sekolah Kebangsaan Sungai Paku dibuka pada 1 Januari 1980. Lokasi sekolah ini adalah terletak di bawah pentadbiran Pejabat Pelajaran Gabungan Kapit. Sekolah ini dapat dihubungi melalui jalan kayu balak dari Kem Sutap di tepi Sungai Balleh, Kapit. Perjalanan dari Kem Sutap tersebut memakan masa 2 jam 45 minit. Jalan alternative adalah menggunakan sungai dari Bandar Kapit terus ke sekolah. Anggaran masa perjalanan ialah antara 6 jam hingga 7 jam.

Blok Asrama dan Dewan Makan adalah bangunan kekal yang diperbuat daripada kayu sepenuhnya. Blok ini dibina pada tahun 1979. Walau bagaimana pun , SK Sungai Paku juga turut mengalami arus pembangunan selaras dengan pembangunan Negara yang mampan. Blok kelas dan Dewan Makan telah dibina semula menggantikan bangunan yang lama dan usang. Di samping itu, bangunan pra sekolah telah siap pada penghujung tahun 2006 dan mula digunakan pa sesi persekolahan 2007. Sumber Elektrik adalah daripada janakuasa, manakala sumber air daripada air gravity dan air hujan.

Murid-murid yang menghuni asrama ini adalah berbngsa Iban dari 5 buah rumah panjang iaitu Rumah Panjang Tujang, Rumah Panjang Inguh, Rumah Panjang Jamba, Rumah Panjang Jembu, dan Rumah Panjang Tang. Semua rumah panjang ini dapat dihubungi dengan menggunakan jalan balak. Pengangkutan murid ke sekolah ialah menggunakan kereta pacuan empat roda atau berjalan kaki.

About Me

My photo
Sekolah Kebangsaan Sungai Paku D/A : Pejabat Pelajaran Daerah, Tingkat 1 & 2, Wisma Persekutuan, 96800 Kapit, Sarawak