Sunday, September 27, 2009

Lawatan 1 Malaysia ke Kuching - Hari Pertama























Riang Dan teruja. Begitulah yang boleh kita gambarkan perasaan pelajar-pelajar yang mengikuti program Lawatan Satu Malaysia ke Kuching yang bermula hari ini. Seramai 6 orang pelajar SK Sungai Paku yang menyertai lawatan tersebut ialah Madyline, Emylyana, Ani Tutusa, Macbryan, Jackson, Asan dan Rolland. Saya selaku guru pengiring dapat merasai kegembiraan mereka.I can feel their energy!They are so happy..Semua peserta berlepas ke kuching dalam pukul 9pagi dan tiba di Kuching sekitar pukul 6pm. Ramai di kalangan pelajar yang "mabuk bas" kerana tidak biasa malah ada yang tidak pernah menaiki bas. Di samping itu, perjalanan yang mengambil masa yang panjang amat memenatkan tetapi bila dah tiba di kuching jelas kelihatan kegembiraan di wajah mereka...bersambung esok





Thursday, September 17, 2009

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2008

Guru Besar, En Lamsi Ak Blassan
PTR, Puan Azzalea Rameh

Tahniah diucapkan kepada Guru Besar, En Lamsi Ak Blassan dan Puan Azzzlea Rameh diatas penganugerahan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2008.

Selamat Hari Raya


Selamat Hari Raya
diucapkan kepada semua
Staff Sk Sungai Paku Kapit
Maaf Zahir dan Batin

UPSR 2009

Penggunaan Mask pada UPSR 2009
Cikgu Ismail memberi motivasi kepada pelajar

Cikgu Lily sempat memberi tip-tip pada saat akhir sebelum
kertas 2 matematik

UPSR 2009 sudah pun berlalu. Kini, kita mendoakan kejayaan anak-anak murid kita. Walaupun pihak sekolah mempunyai harapan yang tinggi kepada mereka semua, namun kami tetap bersyukur dengan apa jua keputusan yang diperolehi nanti. Keputusan itu nanti akan menjadi landasan kami untuk memperbaiki apa saja kelemahan dan memperkukuhan lagi apa yang baik untuk semua pihak. Sekalung penghargaan kepada semua pihak terutamanya guru-guru yang mengajar tahun 6.

"Give him a fish, so he will not hungry for a day
Teach him to fish, so he will not hungry for the rest of his life'

Majlis Sembahyang untuk Pelajar Tahun 6

Cik Umban dan Pn Azzalea sibuk memasak nasi ayam
Cikgu Irwan mengoreng ayam resepi kegemarannya


Cik Umban bekerjsama dengan Cik rafidah

Mee goreng resepi Cikgu Zasliha dan Cikgu Hapijah

Puan Lily dan Puan Ellis

Cikgu Azman dan Cikgu Felix
Seperti kebiasaanya, sebelum UPSR pihak sekolah akan mengadakan Majlis Sembahyang untuk murid-murid tahun 6. Semua guru dan aks telah bergotong royong untuk menyediakan pelbagai jenis masakan untuk majlis tersebut. Majlis sembahyang bermula pada pukul 7.30 malam diketuai oleh Tuai Rumah Jamba. Pihak sekolah ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa pelajar yang hadir memberi sokongan kepada setiap aktiviti anjuran pihak sekolah







Thursday, August 27, 2009

Selamat Berjaya Pelajar-pelajar Tahun 6. Do the Best!


Pihak sekolah mengucapkan Selamat Berjaya dalam UPSR dan sentiasa mendoakan yang terbaik untuk semua pelajar tahun 6. Adalah menjadi harapan semua warga sekolah semoga tahun ini akan memberikan satu keputusan yang membanggakan. God bless Us

Saturday, August 22, 2009

Selamat Berpuasa


Kepada rakan-rakan yang beragama Islam, diucapkan Selamat Berpuasa. Semoga puasa tahun ini lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya. Jangan posa yak yok.. Datang rumah buka periuk..




About Me

My photo
Sekolah Kebangsaan Sungai Paku D/A : Pejabat Pelajaran Daerah, Tingkat 1 & 2, Wisma Persekutuan, 96800 Kapit, Sarawak